Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

97) KREDIBILITI TEKS KHUTBAH JUMAAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan JAIS ke atas masjid yang menyampaikan khutbah berbaur politik dan tidak mendoakan kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor?

    Bagi menangani permasalahan khatib menyampaikan khutbah berbaur politik dan tidak mendoakan kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor:

    1. mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Nazir atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut dalam masa 7 hari bekerja;
    2. Nazir atau Pengurus Masjid akan dipanggil ke JAIS sekiranya jawapan surat tunjuk sebab kurang memuaskan untuk diberi peringatan dan amaran;
    3. Memanggil individu berkenaan sekiranya gagal mematuhi peraturan sedia ada agar akur dengan peraturan yang sedia ada;
    4. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada individu berwatikah seperti Nazir, Imam atau Jawatankuasa Masjid yang masih tidak mematuhi arahan dan peraturan sedia ada;
    5. Bagi pemegang tauliah MAIS sekiranya masih tidak mematuhi arahan dan peraturan akan ditarik balik tauliah kebenaran berceramah dan mengajar; dan
    6. Mengarahkan pihak masjid agar tidak membenarkan mana-mana khatib yang gagal mematuhi peraturan untuk berkhutbah.
  2. Bagaimanakah JAIS menangani pihak yang mencabar kredibiliti khutbah jumaat yang disediakan oleh JAIS?

    Bagi menangani permasalahan cabaran terhadap kredibiliti khutbah jumaat yang disediakan oleh JAIS:

    1. Mewajibkan setiap teks khutbah yang diterbitkan mesti melalui semakan, penilaian, saringan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);
    2. Sekiranya membabitkan Fatwa atau Hukum Hakam hendaklah melalui semakan dan pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor sebelum ianya diterbitkan;
    3. Melaksanakan Seminar Pemantapan Khutbah, Kursus-Kursus Penulisan dan Bengkel Latihan kepada penulis-penulis khutbah;
    4. Melaksanakan pemantauan khususnya di masjid-masjid bermasalah dan menggunakan langkah-langkah bijaksana untuk membendung mana-mana masjid yang tidak mengikut peraturan seperti menghantar surat tunjuk sebab, nasihat, amaran, dan tindakan tata tertib.

Lampiran

Tiada Lampiran.