Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
36) KPI PENYELESAIAN KILANG HARAM SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah KPI?
KPI adalah Key Perfomance Indicator dan bagi KPI pengerusi Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram adalah seperti di Lampiran A.
-
Berapa kilang haram yang telah diselesaikan sejak 2008?
Berdasarkan bancian yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) terdapat lebih kurang 3,393 kilang yang telah dibina di atas 2,978 lot tanah pertanian. Daripada jumlah tersebut 1,333 lot telah membuat permohonan tukar syarat tanah pertanian kepada industri. Sejumlah 1,087 telah diluluskan manakala selebihnya ditolak. Berikut dilampirkan statistik kilang haram seperti di Lampiran B.
-
Apakah pelan penyelesaian untuk kilang yang bertapak di kampung tradisi di pinggiran bandar?
Satu program pemutihan perlanggaran syarat nyata tanah pertanian sedang dirangka bagi kilang yang bertapak di kampung tradisi di pinggiran bandar.