Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

186) KPI PEJABAT DATO MENTERI BESAR DALAM MEMBALAS SURAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah benchmark peratus surat yang dibalas oleh Pejabat MB setiap tahun?

    a) Dan b)

     

    Pejabat Menteri Besar menggunapakai benchmark seratus peratus (100%) dan semua surat dibalas dalam tempoh masa lima (5) hari waktu bekerja kecuali surat-surat yang dikategorikan sebagai surat makluman dan surat layang.

     

  2. Apakah benchmark bilangan hari terpantas di mana surat-surat dalam perkara (a) di atas mesti dibalas?

  3. Apakah langkah-langkah yang diguna pakai bagi mencapai kedua-dua benchmark di atas

    Langkah-langkah yang digunapakai bagi mencapai kedua-dua benchmark di atas seperti berikut:-

     

    • Mengujudkan sistem e-surat di mana surat-surat yang diterima direkodkan dalam bentuk imej secara berkomputer dan boleh di akses oleh pegawai dan kakitangan yang berkenaan secara on-line.

     

    • Surat-surat yang dibalas direkodkan dan dipantau oleh dua (2) orang kakitangan yang khusus menjaga transaksi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.