Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
271) KPI KERAJAAN NEGERI DALAM INISIATIF-INISIATIF YANG MEMBANTU WARGA SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor ada menetapkan apa-apa KPI bagi setiap inisiatif yang dikeluarkan bagi mengukur dan menetapkan tahap keberkesanan setiap program? Sila jelaskan
Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan dalam Kerajaan Negeri mempunyai Indeks Prestasi Utama (KPI) masing-masing sebagai satu panduan dan hala tuju sesuatu inisiatif itu dilaksanakan. Bagi memastikan keberkesanan inisiatif yang telah dilaksanakan, terdapat pelbagai kaedah yang dibuat seperti borang soal selidik tahap kepuasan penerima dan kajian keberkesanan program.
Bagi memperkasa pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP) telah diwujudkan. SIAP berperanan dalam mengukur dan menilai prestasi dan pencapaian Kerajaan Negeri daam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan juga memantau prestasi pelaksanaan sesuatu inisiatif dan projek.
Melalui penubuhan SIAP, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti warga kerja Negeri Selangor di samping memastikan perkhidmatan yang telus dan berkualiti dapat disampaikan kepada golongan sasar di kalangan rakyat Selangor.