Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
106) KPI DALAM MEMBALAS SURAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah purata bilangan surat yang diterima oleh Pejabat MB sebulan?
Purata bilangan surat yang diterima oleh Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor bagi lima (5) tahun terkini adalah seperti berikut:-
TAHUN PURATA SEBULAN 2014 624 2013 801 2012 938 2011 1017 2010 839 -
Berapa peratus surat-surat yang dibalas dan yang tidak dibalas?
Peratus surat yang dibalas bagi lima (5) tahun terkini adalah seperti berikut:-
TAHUN BILANGAN DIBALAS (Peratus) 2014 81.95 2013 64.66 2012 61.34 2011 65.08 2010 65.46 -
Apakah asasnya mengapa surat-surat tersebut tidak dibalas?
Antara asas surat-surat tidak dibalas adalah seperti berikut:-
Surat berbentuk makluman atau surat yang disalin kepada YAB. Dato’
Menteri Besar Selangor
- Surat yang berkaitan permohonan untuk mendapatkan “sokongan” atau “recommendation” daripada YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor
- Surat yang tiada alamat pengirim
- Surat-surat yang tiada kaitan untuk tindakan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor.