Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
130) KOTA KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi dan status terkini Kota Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Lokasi Kota Seni terletak di Bandaraya Petaling Jaya dan Bandaraya Shah Alam. Pemilihan Shah Alam dan Petaling Jaya adalah berdasarkan latarbelakang dan landskap sosial serta perkembangan aktiviti kebudayaan dan kesenian sedia ada di kedua bandaraya ini.
Lokasi Kota Seni di Bandaraya Petaling Jaya adalah dalam kawasan Seksyen 52 yang merangkumi:
- Dataran Bouleverd.
- Jalan Tengah (sekitar Menara MBPJ).
- Jalan Yong Shook Lin (penganjuran acara besar)
- Taman Rusa.
- Auditorium Dewan Sivik.
- Muzium MBPJ.
Lokasi Kota Seni di Bandaraya Shah Alam adalah seperti berikut:
- Laman Budaya
- Laman Seni 2
- Laman Seni 7
- Muzium Sultan Alam Shah
- Rumah Bugis
- Dataran Kemerdekaan Shah Alam
- SACC Mall (program buskers dan arca seni)
- Galeri Shah Alam
- Galeri TAPAK (Seksyen 7)
- Teater Shah Alam
Status terkini Kota Seni ialah MBSA dan MBPJ telah menubuhkan jawatankuasa khas Kota Seni Jawatankuasa Kota Seni Shah Alam dan Sekretariat Kota Seni Petaling Jaya) dan kedua-dua jawatankuasa sedang dalam fasa mempelbagaikan program, dan aktiviti kebudayaan dan kesenian serta membangunkan “Pembangunan Fizikal” di kedua-dua Kota Seni iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya.
Pembangunan fizikal di Seksyen 52 merangkumi:
- Pintu Gerbang Kota Seni.
- Lukisan Mural di dinding bangunan
Perancangan pembangunan MBSA untuk tahun (2016-2020)
- MBSA akan membaikpulih kemudahan dan prasarana seperti baik pulih Laman Budaya dan Laman Seni.
- MBSA juga akan menyediakan garis panduan hiburan Shah Alam.
- Mewujudkan Buskers Corner untuk anak muda di Kompleks SACC Mall iaitu program bersama PKNS Prep Events
- Memperkasa seni taman (arts & parks)
- Mencirikan seni reka (architecture) dalam binaan bangunan
- Menubuhkan “Kreatif Hub Shah Alam”
- Laman Budaya sebagai “pentas seni” untuk semua
- Merangka program lokaliti/nasional dan pengantarabangsaan
- Memperkasa penglibatan masyarakat – “strong community involvement”
-
Apakah program yang disediakan untuk mempromosikan tempat berkenaan?
PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Sekretariat Kota Seni Petaling Jaya dan Jawatankuasa Kota Seni Shah Alam telah mengambil pendekatan dengan mengadakan program dan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi mempromosikan lokasi Kota Seni.
Senarai Program dan Aktiviti Kota Seni Petaling Jaya bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti berikut:
- Idola Kota Seni 2015 di Pentas Mini Petaling Jaya
- Santai Budaya 2015 di Pentas Mini Petaling Jaya
- Fest Band 2015 di Arena PJ dan Pentas Mini Petaling Jaya
- PJ Street Arts Fest 2015 di Dataran Boulevard Seksyen 52
- Bengkel Akar Tari 2016 di Singgah Santai Resort
- Festari PJ 2016 di Auditorium Dewan Sivik MBPJ
- Santai Budaya 2016 Pentas Mini Petaling Jaya dan Dataran Boulevard
- Rentak Asli PJ 2016 di Auditorium Dewan Sivik MBPJ
- Konsert Orkestra sempena sambutan Bandaraya 10 tahun Petaling Jaya di Auditorium Dewan Sivik MBPJ
(Maklumat lanjut mengenai setiap program adalah seperti yang dilampirkan)
Senarai program dan aktiviti Kota Seni Shah Alam adalah seperti berikut:
- Program WARNA di Laman Seni 7
- Program Borak-borak di Laman Seni 2 dan SACC Mall
- Persembahan buskers di perkarangan SACC
- Festival Seni Silat dan Warisan Melayu di Laman Budaya Shah Alam
- Teater atas Pokok di Taman Tasik Titiwangsa
- Program Gala Inspirasi Seni (kerjasama dengan JAIS)
- Malaysian International Children’s Choral Festival pada 16 Julai 2016
(Maklumat Lanjut adalah seperti yang dilampirkan)
Selain daripada pelaksanaan program oleh MBSA, PADAT turut menyumbang dalam pelaksanaan program kebudayaan dan program yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Pameran Silang Budaya
- Bengkel Cempuling dan Gambus
- Sembang Dabus
- Lestari Budaya (persembahan kebudayaan) di Muzium Sultan Alam Shah
- Tekat Gubah Bunga Tanjung Terpanjang di Malaysia
- Bengkel Notasi Muzik
Promosi Kota Seni Shah Alam dan Petaling Jaya juga dibuat melalui lawan sesawang, media sosial seperti Page Facebok Kota Seni Shah Alam, Kota Seni Petaling Jaya dan Instagram. Terdapat juga liputan media seperti RTM, TV3, penulisan rencana dalam SINAR HARIAN, HARIAN METRO SERTA SELANGORKINI.