Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
45) KOTA DAMANSARA COMMUNITY FOREST ( KDCF)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah di lakukan untuk mempromosi KDCF?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi tujuan mempromosi Kota Damansara Community Forest (KDCF) yang terletak di Hutan Simpan Kota Damansara. Di antaranya adalah seperti berikut:-
- Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan yang sedia ada bagi meningkatkan tahap kepuasan dan keselamatan pengunjung. Bagi maksud ini, sejumlah RM100,000.00 setiap tahun telah diperuntukan bagi menaiktaraf kemudahan dan termasuklah pengurusan pokok bahaya di KDCF di bawah Peruntukan Pembagunan Negeri P10.
- Menggalakkan pelbagai program rekreasi dan kesedaran hutan oleh pelbagai pihak di KDCF bagi meningkatkan lagi kehadiran pengunjung serta secara tidak langsung mempromosikan KDCF. Bagi tahun 2022 sehingga Februari 2022 aktiviti yang dijalankan di KDCF adalah seperti berikut:-
- Pada 4 Febuari 2022 – Jungle Tracking oleh KRT U16/19 Denai Alam;
- Pada 6 Februari 2022 – Hiking dan Jungle Tracking oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaran Kajang;
iii. Pada 9 Februari 2022 – Program Gaya Hidup Sehat @ Road to Kinabalu oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah;
- Pada 12 Februari 2022 – Nature Play Program oleh Dynamic Learning Strategy Sdn Bhd; dan
- Pada 17Februari 2022 – Hiking dan Jungle Tracking oleh Rejimen Ke 4 Kor Polis DiRaja Malaysia, Kem Sungai Buloh.
-
Apakah usaha yang akan di lakukan untuk mempromosi KDCF?
Bagi tujuan meningkatkan promosi Kota Damansara Community Forest (KDCF) yang terletak di Hutan Simpan Kota Damansara, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah merangka aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
- Menggalakkan program-program atau aktiviti-aktiviti reakreasi dan kesedaran hutan dengan penglibatan pelbagai pihak dari peringkat sekolah, IPTA, Agensi-agensi kerajaan/swasta dan komuniti setempat;
- Merperkasakan promosi dalam pelbagai bentuk seperti penerbitan bahan bercetak dan juga hebahan di media sosial berkaitan KDCF;
- Menaiktaraf kemudahan baru bagi meningkatkan keselesaan pengunjung dan meningkatkan kedatangan pengunjung; dan
4. Menjadi lokasi bagi Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di KDCF yang akan diadakan pada 26 Mac 2021. Majlis sambutan ini akan turut melibatkan kerjasasama komuniti setempat bertujuan mempromosikan KDCF