Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

11) KOSUJA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah KOSUJA di MPSJ didaftarkan dan apakah matlamat KOSUJA?

    Koperasi Subang Jaya Berhad (KOSUJA) telah ditubuhkan pada 19 April 2001 di bawah
    Akta Koperasi 1993 yang didaftarkan oleh Pendaftar Koperasi Negeri Selangor Bil
    Daftar : B – 3 – 0326.
    Matlamat KOSUJA :-
    Meningkatkan taraf ekonomi kakitangan dengan pemberian kemudahan secara terus
    berbentuk dividen kepada kakitangan selaras dengan peruntukan S13, Akta Kerajaan
    Tempatan 1976 di mana Majlis diberi kuasa untuk menguruskan hal-ehwal perniagaan
    dan pelaburan sendiri dan dengan kewujudan koperasi ini dapat membantu Majlis untuk
    menceburi bidang perniagaan sendiri.

  2. Sila berikan butir-butir sejak tarikh pendaftaran hingga tarikh semasa seperti rekod kewangan, ahli pengarah, ahli biasa, senarai program dan kos yang telah digunakan serta senarai aset.

    2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
    Ahli
    biasa
    160 274 274 278 279 280 291 291
    Modal
    syer
    6,400 33,400 36,000 37,000 39,100 39,690 65,820 65,820
    Dividen Tiada 10% 10% 10% 10% 10% 10% Menunggu
    AGM
    Senarai aset:-
    i) Dua (2) `billboard’ – RM49,000.00;
    ii) Sistem Setinggan – RM40,000.00;
    iii) Dua (2) unit komputer – RM4,300.00.
    Senarai Program :
    1) Sebagai pembekal alat tulis
    2) Menjadi konsultan /penyelia Majlis (‘Event Management’)
    3) Mengurus latihan.
    4) Mengurus makanan & minuman.
    5) Tabung Kebajikan Am – Memberi bantuan kewangan kepada keluarga anggota
    sebanyak RM500 atas kematian anggota, RM 200 atas kematian waris dan RM300
    kepada anggota yang sakit kronik/ditimpa kemalangan/bencana alam.

    Senarai aset:-
    1) Dua (2) `billboard’ – RM49,000.00;
    2) Sistem Setinggan – RM40,000.00;
    3) Dua (2) unit komputer – RM4,300.00.
    Ahli Lembaga
    1) Dato’ Ahmad Fuad Bin Ismail
    2) Dato’ Arpah Bt Abd Razak
    3) Hj Mohd Fadzil Bin Mahat
    4) Hajah Anita Bt Abd Jalil
    5) Hj Slamat Bin Hamzah
    6) Ainon bt Imbi
    7) Azura Bt Mohd Don
    8) Sharifah Rohaida Bt Abd Rahman
    9) Y.M Raja Amir Iskandar Bin Raja Azlan
    10) Hamizun Bt Mohd Basar
    11) Aida Bt Omar

Lampiran

Tiada Lampiran.