Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
254) KOS YANG TINGGI BAGI PROJEK KECIL MENGGUNAKAN PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah kos bagi projek-projek kecil menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri jauh lebih mahal dari kos sebenar?
Projek-projek kecil menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri merupakan projek yang dipohon oleh Ahli Dewan Negeri berkaitan. Spesifikasi dan skop kerja serta cadangan kontraktor disediakan oleh pihak Ahli Dewan Negeri dan pembayaran kepada kontraktor terlibat juga dijelaskan setelah mendapat pengesahan siap kerja oleh Ahli Dewan Negeri yang terlibat. Nilai kerja adalah berpandukan kepada Jadual Kadar Harga Kerja Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.
-
Apakah yang menghalang Adun melakukan projek-projek kecil secara kaedah sumbangan bagi mengelakkan pembaziran kos yang tinggi?
Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2017 – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor telah dikeluarkan sebagai panduan penggunaan peruntukan AMMKN dan ADN. Para 6.1(ii) Pekeliling tersebut telah menyatakan had nilai projek kecil dan tatacara pelaksanaan yang perlu dipatuhi iaitu perlu dilaksanakan oleh Kontraktor Kelas G1 tempatan dan berdaftar dengan UPEN serta mematuhi dasar dan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.