Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
275) KOS SARA HIDUP
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Selangor, terutamanya dalam hal perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan?
Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dalam sektor perumahan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Berikut adalah inisiatif, kriteria, dan prosedur permohonan bagi bantuan-bantuan yang disediakan:
- Perumahan (Rumah Selangorku)
Inisiatif Rumah Selangorku bertujuan menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Kriteria: Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tidak memiliki rumah di Selangor. Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM10,000 sebulan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki sebarang jenis kediaman.
Prosedur Permohonan: Permohonan dibuat melalui Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor (SPHNS) secara atas talian. Pemohon perlu mendaftar, memilih projek perumahan yang tersedia, dan memuat naik dokumen sokongan seperti bukti pendapatan dan pengesahan status perumahan. Proses kelulusan akan ditentukan oleh jawatankuasa perumahan negeri
- Pendidikan (Iltizam Pendidikan Selangor)
Kerajaan Negeri menawarkan program pendidikan seperti Iltizam Pendidikan Selangor, yang memberikan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga B40 dan M40.
Kriteria: Pemohon mesti warganegara Malaysia, lahir atau menetap di Selangor selama lebih 12 tahun. Mereka juga perlu lulus ujian dan temuduga jika ada, serta berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus teknikal dan vokasional atau yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Prosedur Permohonan: Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen seperti sijil kelahiran, pengesahan tempat tinggal, dan bukti pendapatan keluarga. Dokumen tersebut disahkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti ADUN, penghulu, atau ketua kampung sebelum dihantar untuk pertimbangan
- Penjagaan Kesihatan (Bantuan Sihat Selangor)
Program Bantuan Sihat Selangor membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengakses rawatan perubatan seperti dialisis, rawatan kanser, dan pembedahan kecil.
Kriteria: Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Selangor dan termasuk dalam kategori keluarga berpendapatan rendah. Perhatian diberikan kepada mereka yang memerlukan rawatan kritikal yang disyorkan oleh hospital kerajaan.
Prosedur Permohonan: Permohonan dijalankan secara dalam talian melalui laman rasmi Bantuan Sihat Selangor. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan memuat naik dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan bukti pendapatan. Proses kelulusan bergantung kepada pemenuhan syarat-syarat yang ditetapkan
-
Apakah kriteria bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini dan apakah prosedur permohonan tersebut?

Apakah bentuk bantuan dan jumlah peruntukan yang telah diperturunkan di DUN Sementa bagi menangani kos sara hidup rakyat dari tahun 2020 hingga kini