Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara portfolio ataupun program yang membantu rakyat miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini telah diwujudkan bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam memiliki kediaman sendiri. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini tertumpu pada mereka yang kurang berkemampuan dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000.00 sebulan, menduduki kediaman sendiri yang telah daif dan tidak selamat dan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa bulanan rumah yang dihadapi oleh pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang bangsa dan
Di bawah Program ini, Kerajaan Negeri menyediakan dua jenis bantuan iaitu bina baru rumah 3 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur, dan bilik air dengan kos RM35,000.00 bagi sebuah rumah dan bantuan membaikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami. Kelulusan permohonan diberi berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin mengikut keperluan dan bilangan tanggungan pemohon.
-
Berapakah rumah di bawah skim ini yang telah di bina sejak 2013?
Selaras dengan misi dan visi Kerajaan Negeri dalam menjaga hak dan kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin telah membantu ramai keluarga melibatkan 9 daerah bagi memastikan mereka dapat mendiami rumah yang lebih selesa. Berikut adalah merupakan data terkumpul penerima Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merangkumi baikpulih rumah dan bina baru rumah dari tahun 2013 sehingga kini :-
BIL
DAERAH
TAHUN JUMLAH MENGIKUT DAERAH
2013 2014 2015 2016 BB BP BB BP BB BP BB BP 1 KLANG 29 9 1 1 8 6 – – 54 2 PETALING 6 2 – – – – – – 8 3 KUALA LANGAT 24 30 1 – 9 11 – 3 78 4 HULU LANGAT – – 7 3 – – – – 10 5 SABAK BERNAM – 1 13 39 – – – 5 58 6 KUALA SELANGOR 24 25 12 22 – 8 – – 91 7 GOMBAK – – 2 7 5 5 – 2 21 8 HULU SELANGOR 9 7 – – 3 7 – – 26 9 SEPANG – – 12 10 – – – 3 25 JUMLAH KESELURUHAN 92 74 48 82 25 37 – 13 371 PETUNJUK JUMLAH BB – Bina Baru 165 BP – Baikpulih 206 Jumlah keseluruhan 371