Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
299) KOS PERBELANJAAN MPKK DAN KOMUNITI DESA MADANI DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah pecahan keseluruhan jumlah kos secara bulanan dan tahunan, yang telah diluluskan bagi hal ehwal pengurusan, elaun dan emolumen, serta peruntukan yang diberikan kepada pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pengerusi Komuniti Desa Madani di Selangor?
Berikut adalah elaun-elaun dan kemudahan yang diperuntukkan (setiap bulan) oleh Kerajaan Negeri kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi Negeri Selangor:
Jenis Elaun Kadar Elaun Elaun Pengerusi JPKK RM1,500.00 Elaun Menghadiri Mesyuarat/ Majlis Rasmi (Pengerusi sahaja) RM 400.00 (RM40.00 x 10 kali)
Elaun Setiausaha RM 700.00 Elaun pengendalian mesyuarat RM 100.00 Elaun Bantuan Kewangan Pentadbiran RM 100.00 Elaun Hadir Mesyuarat RM 550.00 (RM50.00 x 11 biro)
Jumlah RM3,350.00 Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,249,550.00 setiap bulan bagi membayar elaun dan kemudahan bagi pentadbiran 373 buah JPKK di seluruh selangor. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga turut memberikan peruntukan sebanyak RM20,000.00 setahun kepada setiap JPKK bagi pelaksanaan program-program di peringkat kampung.
Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM22,454,600 bagi membiayai elaun-elaun serta kemudahan berkaitan dan bagi pelaksanaan program-program JPKK Kampung Tradisi Negeri Selangor.
Bagi Komuniti Desa Madani, pembayaran elaun dan kemudahan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan tiada sebarang dana diperuntukkan daripada Kerajaan Negeri Selangor.