Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
67) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan memberi penjelasan bagaimana peruntukan fasa pertama tahun 2011 sebanyak RM2juta telah digunakan untuk menyelenggara kerosakan rumah pangsa kos rendah di Selangor.
Sejumlah RM2 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi menampung kos keperluan 18 kawasan pangsapuri kos rendah yang meliputi hampir 8,000 unit kediaman. Skim yang dikenali sebagai Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan ini akan dibiayai melalui penubuhan Tabung Amanah berjumlah RM9.7 juta dan menggunapakai konsep perkongsian kos di mana Kerajaan Negeri hanya menanggung 80% kos baikpulih harta bersama yang terlibat. Manakala baki 20% ditanggung oleh pemilik/pembeli/penduduk. Pemilihan kawasan adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-
- Kerosakan harta bersama yang kritikal seperti lif, bumbung, tangki air dan pembentung
- Permohonan daripada JMB/MC/Persatuan Penduduk / Ejen Pengurusan yang aktif dan berdaftar
- Kedudukan kewangan JMB/MC/Persatuan Penduduk yang memuaskan
-
Meminta kerajaan menyeranaikan rumah pangsa kos rendah yang telah menerima peruntukan, saiz peruntukan yang diterima serta lokasi-lokasi rumah pangsa dan bilangan unit yang ada.
Senarai kawasan 18 pangsapuri kos rendah yang telah ditawarkan Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan ini daripada segi lokasi, anggaran kos dan bilangan unit adalah seperti berikut:-
BIL NAMA PANGSAPURI PBT DEWAN UNDANGAN NEGERI
(DUN)
BIL UNIT ANGGARAN KOS
(RM)
DESKRIPSI KEROSAKAN
HARTA
BERSAMA
1. Pangsapuri Ampang
Mewah, Jalan
Mewah 8
MPAJ LEMBAH JAYA 428 64,000 4 unit tangki 2. Flat 700, Pandan
Perdana
MPAJ TERATAI 700 324,000 4 unit lif 3. Pangsapuri Sri Intan, Ampang MPAJ LEMBAH JAYA 208 110,000 1 unit lif 4. Rumah Pangsa
Taman Kosas,
Ampang
MPAJ LEMBAH JAYA 651 185,000 Kerosakan bumbung membabitkan 134 unit rumah di tingkat paling atas 5. Pangsapuri Flora
Damansara A
& B
MBPJ BUKIT LANJAN 1,157 212,000 4 unit lif 6. Pangsapuri Desa
Perangsang
Blok A & B
MBPJ TAMAN MEDAN 300 100,000 2 unit lif 7. Apartment Taman Medan
Jaya Blok C
MBPJ TAMAN MEDAN 421 7,757 2 unit lif 8. Flat Taman Medan 32 (Blok A-E), Taman Medan
Baru
MBPJ TAMAN MEDAN 500 192,243 Salur air hujan (gutter) 5 blok 9. Rumah Pangsa Kos
Rendah Blok 1
Desa Mentari
MBPJ SERI SETIA 296 42,000 2 unit lif 10. Flat Taman Sri Aman
MBPJ KAMPUNG TUNKU 350 131,000 3 unit lif 11. Tembikai & Pulasan Court
MPSJ SERI KEMBANGAN
480 56,000 Salur air hujan (gutter) 4 blok 12. Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat
Utama
MDKL DENGKIL 80 93,000 Kerosakan bumbung yang menjejaskan 16 unit tingkat 5 Blok G
13. Flat Taman Damai Jaya
MPKj KAJANG 214 18,000 Pembentong di Blok C 14. Pangsapuri Pinggiran
Delima Blok D
& E
MPKj DUSUN TUA 180 42,000 Bumbung D & E Blok 15. Pangsapuri Mentari MBSA KOTA DAMANSARA
850 45,000 3 unit lif 16. Rumah Kos Rendah
Taman
Subang
Perdana
MBSA KOTA DAMANSARA
200 (angg aran-
keran
a JMB tiada rekod)
24,000 Bumbung 17. Pangsapuri Blok Mawar &
Cempaka
MPK KOTA ANGGERIK
617 250,000 5 unit Lif 18. Pangsapuri Pendamar 7A MPK PELABUHAN KLANG 216 100,000 2 unit lif JUMLAH 7,848 RM2,000,000