Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
204) KOS PEMBERSIHAN PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jumlah kos pembersihan dari pencemaran sungai yang mengakibatkan LRA ditutup pada 2016.
Jumlah kos pembersihan dari pencemaran sungai yang mengakibatkan Loji Pembersihan Air (LPA) dihenti tugas pada 2016 seperti jadual di bawah.
-
Adakah Kerajaan Negeri meminta kilang yang melakukan pencemaran menanggung kos pembersihan tersebut?
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor akan mengarahkan kilang-kilang yang melakukan pencemaran sungai menanggung kos pembersihan berdasarkan kepada proses dan prosedur yang ditetapkan di bawah undang- undang iaitu :
- Kilang-kilang yang didapati melakukan pencemaran sungai diarahkan supaya menghentikan aktiviti dan menjalankan kerja-kerja pemulihan kualiti air sungai di bawah seksyen 41(3) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 seperti contoh insiden pencemaran bau di Sg Lalang pada Oktober 2016 di mana pihak kilang telah diarahkan untuk memberhentikan operasi kilang dan menjalankan kerja-kerja pembersihan.
- Walaubagaimanapun, pihak kilang gagal/enggan dan/atau cuai untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan. Lembaga mengambil tindakan pembersihan sendiri dan kos yang terlibat akan dituntut kemudian daripada pihak kilang berkenaan.
- Sekiranya kos yang dituntut tersebut gagal dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, Lembaga mempunyai kuasa untuk menuntut kos tersebut di bawah seksyen 51(2) Enakmen LUAS 1999 sebagai hutang yang perlu dibayar.
- Hutang berkenaan akan dituntut oleh Lembaga dengan mengemukakan notis tuntutan beserta penyata perbelanjaan yang diperakui di bawah seksyen 113 Enakmen LUAS kepada kilang-kilang berkenaan untuk dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya gagal dijelaskan, Lembaga akan memulakan tindakan di Mahkamah bagi mendapatkan semula kos dan belanja yang telah dikeluarkan.
- Selain dari kilang-kilang, terdapat lagi beberapa punca yang turut menyumbang kepada pencemaran sungai. Sebagai contoh, insiden minyak kelapa sawit yang tumpah di Sungai Salak pada November 2016, Lembaga telah mengeluarkan surat tuntutan kepada pemilik syarikat yang bertanggungjawab untuk membayar segala kos yang telah dibelanjakan bagi membersihkan tumpahan minyak tersbut.