Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
287) KOS PEMBELAJARAN DAN PERBELANJAAN ANAK MUDA YANG MENINGKAT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi dan program Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda yang menghadapi kos perbelanjaan dan pembelajaran yang sangat tinggi?
Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan kepada golongan belia khususnya di Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu dan meringankan beban anak muda yang menghadapi kos perbelanjaan dan pembelajaran yang sangat tinggi pada masa kini dengan mengadakan pelbagai program sebagaimana berikut :-
Bil Program Penerima Faedah (Orang) 1. Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) 28 2. Tabung Warisan Anak Selangor 235,622 3. Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang 13,708 4. Hadiah Anak Masuk Universiti 58,105 5. Pusat Tuisyen Rakyat 4,419 6. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 20,718 7. Program Khas Universiti Islam Madinah (2015-2016)
10 8. Program Khas Biasiswa Selangorku (2016)
102 Jumlah Keseluruhan 332,712
Melalui pelaksanaan program-program tersebut, Kerajaan Negeri dapat membantu untuk meringankan tanggungan ibubapa dalam proses pembelajaran bermula daripada fasa kelahiran sehinggalah ke peringkat universiti.
Di samping itu, program-program yang dilaksanakan ini juga dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan anak muda dan sekaligus dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran di dalam sektor pekerjaan di Negeri Selangor.
-
Berapakah bilangan anak muda yang mendapat manfaat daripada polisi atau program Kerajaan Negeri tersebut?
Sama seperti di SUB (a)