Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

190) KOS BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN NEGERI (SUK)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kos kerja-kerja baikpulih bangunan SUK dari 2014- 2016.

    Jumlah kos kerja-kerja baik pulih Bangunan SUK dari 2014-2016 adalah RM10,099,522.25 dan butiran mengikut pecahan tahun adalah seperti berikut:

    BIL TAHUN KOS KONTRAK

    PERKHIDMATAN

    KERJA INDEN/ LO JUMLAH
    1. 2014 RM1,731,294.00 RM1,111,339.80 RM2,842,633.80
    2. 2015 RM1,731,294.00 RM1,882,094.45 RM3,613,388.45
    3. 2016 RM1,731,294.00 RM1,912,206.15 RM3,643,500.15
    JUMLAH RM10,099,522.25
  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menentukan kontraktor bagi melaksanakan kerja baikpulih?

    Perolehan secara tender/ sebut harga terbuka dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan melantik kontraktor yang lulus penilaian harga, lulus penilaian teknikal dan yang menawarkan harga yang menguntungkan Kerajaan Negeri melalui kaedah Cut-Off (untuk bilangan petender/ penyebut harga yang melebihi 10) atau pemilihan yang menawarkan harga tertndah (sekiranya bilangan petender/ penyebut harga kurang dari 10).

  3. Senaraikan nama dan pemilik syarikat yang memperoleh kerja baikpulih melebihi 5 kali

    Tiada.

Lampiran

Tiada Lampiran.