Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
183) KOS AIR PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai kewangan yang dikeluarkan KDEB dan kerajaan negeri untuk menampung kos air percuma dari 2008 hingga 2014?
Dasar pemberian air secara percuma bagi 20 meter padu pertama atau potongan RM11.40 kepada pengguna domestik yang menggunakan meter individu setiap bulan telah dilaksanakan di Negeri Selangor mulai 1 Jun 2008 dan melalui meter pukal (sistem kupon) bagi pangsapuri kos rendah pada Jun 2010. Program ini merupakan salah satu program Kerajaan Negeri Selangor di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Sehingga 30 Mei 2014 peruntukan yang telah dikeluarkan oleh KDEB dan Kerajaan Negeri bagi membiayai program air percuma adalah seperti berikut:
TAHUN KDEB KERAJAAN NEGERI JUMLAH METER INDIVIDU METER INDIVIDU METER PUKAL 2008 RM68,674,732.87 RM68,674,732.87 2009 RM131,468,341.10 RM 131,468,341.10 2010 RM22,687,591.40 RM113,530,059.10 RM 136,217,650.50 2011 RM140,738,975.91 RM1,535,619.21 RM 142,274,595.12 2012 RM146,009,767.29 RM7,048,610.66 RM 153,058,377.95 2013 RM151,360,585.83 RM6,652,723.53 RM 158,013,309.36 2014 RM51,870,348.10 RM2,756,129.66 RM 54,626,477.76 JUMLAH RM222,830,665.37 RM603,509,736.23 RM17,993,083.06 RM844,333,484.66 -
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan pembiayaan dapat diteruskan di masa hadapan?
Pemberian air percuma diteruskan walaupun penstrukturan semula industri bekalan air dimuktamadkan.