Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

47) KORIDOR UTILITI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tempoh yang diambil oleh Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) dalam memberi kelulusan di atas permohonan permit bagi kerja-kerja korekan untuk pemasangan utiliti dan berapakah jumlah bayaran yang dikenakan kepada pemohon?

    1. Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) adalah Agensi Sehenti yang menguruskan permohonan permit utiliti di Negeri Selangor, manakala Pihak Berkuasa Melulus (PBM) adalah pihak yang memberi kelulusan permit yang dikemukakan oleh pihak KUSEL bagi pihak penyedia utiliti.
    2. Bayaran yang dikenakan kepada pemohon adalah bagi penyediaan pelan yang merangkumi (Pelan Pemetaan Utiliti, Pelan Binaan dan Pelan “As-built”) sebanyak RM 25.50 semeter dan Pelan Pengurusan Trafik sebanyak RM 2,000 untuk jarak 2,000 meter ke bawah, atau RM 1.00 untuk setiap meter bagi jarak 2,000 meter ke atas.
    3. Setelah permit dikeluarkan oleh pihak PBM, penyedia utiliti akan membuat bayaran bagi Perkhidmatan Pengurusan dan Pemantauan Keselamatan Trafik (PPKT). Jumlah bayaran tertakluk kepada tempoh kerja-kerja dijalankan di tapak kerja. Kos seperti di jadual berikut adalah termasuk kos pemantauan di tapak kerja setiap hari sepanjang tempoh kerja-kerja korekan dijalankan.
    Tempoh Sewaan Harga 1 Set /

    Per Hari

    Deposit

    (Tetap)

    Nota

     (Penentu Tempoh Sewaan)

    Jangka Pendek RM500.00 RM1,000.00 Tidak Melebihi Dua (2) Hari
    Jangka Sederhana RM450.00 RM2,000.00 Tiga (3) hingga Empat Belas (14) Hari
    Jangka Panjang RM400.00 RM3,000.00 Melebihi Empat Belas (14) Hari

Lampiran

Tiada Lampiran.