Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

216) KOREKAN PENGELUARAN TANAH MERAH DI KG BUKIT KERAYONG, KG BUKIT KAPAR DAN KG BUKIT CHERAKAH JAYA DUN MERU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah disyaratkan had kuantiti, keluasan, kedalaman tanah dan tempoh masa setiap permit dikeluarkan?

    Berdasarkan kepada Arahan PTG Selangor Bil. 1/2010, kerajaan telah menetapkan syarat-syarat bagi kelulusan permit bahan batuan (tanah merah) yang melibatkan keluasan serta tempoh masa permit. Namun begitu, kadar pengeluaran tanah merah yang dibenarkan adalah bergantung kepada pengesahan kuantiti yang dibuat semasa permohonan dan proses pengeluaran tanah merah tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh masa

  2. Senaraikan setiap permohonan yang mendapat permit atas lot persendirian dan rizab jalan sejak tahun 2008 hingga 2016

    Permohonan yang diluluskan:

     

     

    NO. PENGUSAHA TAHUN NO LOT KELUASAN
     

    1.

    Earth Enterprise Sdn. Bhd.  

    2010

    Lot 7142, Kg.

    Bukit Kerayong

    2.28031

    Ekar

     

    2.

    Earth Enterprise Sdn. Bhd.  

    2008

    Lot 15959 dan

    15960, Kg. Bukit Kerayong

    4.295

    Ekar

     

    3.

    Muhamad Sukami B Medin  

    2008

    Lot 6340, Kg.

    Bukit Kapar

    2.1322

    Ekar

     

    4.

    Arah Anggun Sdn. Bhd.  

    2016

    Lot 6950, Kg.

    Bukit Kerayong

     

    2.2 Ekar

  3. Bagaimanakah dikenalpasti pemindahan tanah berpermit?

    Pemindahan tanah berpermit dapat dikenal pasti berdasarkan kepada jumlah doket yang telah dikeluarkan kepada pengusaha. PDTK melalui Unit Teknikal dan Penguatkuasaan akan menyemak doket tersebut ketika rondaan dibuat dan sebarang penguatkuasaan bahan batuan tanpa doket akan diambil tindakan penguatkuasaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.