Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

216) KOREK PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah tempoh permit pengorek pasir di dalam satu kawasan di jalankan?

    Tempoh permit bergantung kepada rizab pasir. Ianya diluluskan untuk sesuatu tahun kalendar dan diperbaharui setiap 3 bulan mengikut tatacara Pentadir Tanah.

     

  2. Adakah kontraktor yang sama boleh menyambung permit tersebut?

    Kontrak-kontraktor melombong yang dilantik oleh KSSB pada kebiasaannya adalah untuk tempoh selama setahun. Permit adalah atas nama KSSB sepanjang tempoh permit dan operasi pengekstrakan pasir tersebut.

    Kontrak untuk cucigali sungai pula adalah untuk tempoh 3 bulan sekali.

    Penyambungan kontrak adalah atas budibicara KSSB dan bergantung kepada tempoh permit yang masih sah dan rizab pasir.

  3. Adakah kontraktor dibenarkan mengeluarkan pasir diluar kawasan permit yang dibenarkan?

    Kontraktor hanya dibenarkan mengeluarkan pasir dari sesuatu kawasan permit sah sahaja. Pengeluaran di luar kawasan permit adalah dianggap sebagai pengeluaran secara haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.