Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
186) KOPERASI HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan Koperasi Hijrah, apakah ianya telah dilaksanakan?
Koperasi Hijrah telah ditubuhkan dengan jayanya pada 11hb April 2016 dengan nombor pendaftaran B-5-1728 dan nama rasminya ialah Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad.
-
Apakah syarat-syarat untuk menyertainya?
Syarat-syarat menyertai Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad:
- Keanggotaan Koperasi terbuka kepada Kakitangan Hijrah Selangor, Usahawan yang menerima pinjaman Hijrah Selangor dan Ahi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hijrah Selangor.
- Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi mestilah:
- warganegara Malaysia.
- telah capai umur 18 tahun.
- bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi ini.
- Bukan seorang yang:
- i) tidak upaya dari segi mental
- ii) bankrap yang belum dilepaskan
iii) terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar dan
- iv) telah dibuang daripada menjadi anggota koperasi di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
-
Apakah kemudahan yang diperolehi bila menyertainya, sila nyatakan?
Kemudahan yang diperolehi oleh anggota:
- BANTUAN KEWANGAN : Memberikan pembiayaan/bantuan kewangan kepada anggota yang memerlukan dengan syarat minima.
- PEMBAYARAN DIVIDEN : Menjana keuntungan hasil dari pelaburan dan perniagaan untuk dikongsi kepada ahli mengikut simpanan melalui pembayaran dividen
- RANGKAIAN PERNIAGAAN : Mewujudkan rangkaian perniagaan dan melahirkan usahawan berjaya dari pelbagai sektor serta meningkatkan tahap perusahaan anggota.
- PELUANG PERNIAGAAN : Mewujudkan perniagaan dan tempat perniagaan baru untuk anggota.
- TABUNG KHAIRAT : Menyumbang wang khairat kepada anggota yang meninggal.