Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
13) KONTROVERSI DANA RM9.9 JUTA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) telah mengeluarkan RM9.9 juta dana sumbangan awam dan syarikat anak Kerajaan Negeri. Apakah tindakan dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertahankan atau memperoleh semula dana tersebut demi kepentingan awam?
Kerajaan Negeri sudah pun menulis kepada Pendaftar Pertubuhan bagi
menyuarakan bantahan terhadap pengkhianatan dana awam tersebut. Buat
masa ini kami menunggu respons dari pihak Pendaftar Pertubuhan dan akan
meneliti ruang undang-undangyang ada -
Bilakah dan akta apakah akan digunakan dalam memperoleh semula dana tersebut seterusnya mengheret pelaku pecah amanah ini ke muka pengadilan?
Sama seperti di SUB(a)
-
Siapakah penyumbang dana ini dan senaraikan jumlah sumbangan secara terperinci
Setakat ini yang telah dikenalpasti ialah RM268,862 dari KDEB pada 2007 dan
RM 890,379 dari PKNS pada 2006-2007.