Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

225) KONTRATOR PEMBERSIHAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi kerja kontraktor pembersihan PBT pada masa ini?

    Secara umumnya Kerajaan Negeri melalui maklumbalas PBT berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor. Walau bagaimanapun, mana-mana perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor yang tidak mencapai tahap atau tidak memuaskan, PBT akan mengeluarkan “Notice To Correct” (NTC) terhadap kontraktor-kontraktor tersebut. Tindakan pemotongan bayaran akan dibuat jika sekiranya kontraktor tidak melaksanakan kerja mengikut jadual dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan serta kontraktor boleh ditamatkan perkhidmatan jika gagal melaksanakan tugas yang diberikan.

  2. Butirkan pencapaian pelaksanaan penggunaan pekerja dalaman untuk mengganti kontraktor pembersihan di setiap PBT.

    Tahap pelaksanaan penggunaan pekerja dalaman untuk mengganti kontraktor pembersihan adalah berbeza dari satu PBT ke PBT yang lain. Contohnya:-

    1. MBSA telah memberi perkhidmatan kutipan sampah domestik secara inhouse sebanyak 16% yang meliputi enam (6) kawasan yang mempunyai 4,832 premis.
    2. MPK telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara dalaman di kawasan-kawasan Pusat Bandar Klang Utara dan Klang Selatan seperti
      • Pasukan ‘Litter Picking’ untuk mengutip sampah kecil di kawasan jalan protokol dan pusat Bandar.
      • Pasukan ‘Green Squad’ untuk kerja-kerja pembersihan sampah haram dan pukal.
      • Pekerja pembersihan sapuan jalan di kawasan pusat Bandar.
      • Pembersihan parit bertutup di pusat Bandar menggunakan ‘Culvert Cleaner’

    iii. MDKS telah mempunyai 50 orang kakitangan yang menjalankan kerjakerja pembersihan awam (pemotongan rumput dan kerja sapuan jalan) secara “In-house” yang meliputi 20% kerja kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.