Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

324) KONTRAKTOR SAMPAH TONG RORO

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi masalah kontraktor sampah tong roro membuang sampah di tapak pembuangan sampah haram?

    Bagi mengatasi masalah kontraktor sampah tong roro, PBT menggalakkan kontraktor sampah tong roro mendaftarkan syarikat dengan PBT sebagai panel kontraktor yang berdaftar dengan PBT. Selain itu, pihak industri / syarikat disyaratkan melalui syarat lesen untuk melantik kontraktor tong roro yang telah berdaftar dengan PBT dan perlu mengemukakan laporan tipping fee kepada PBT sebagai bukti pelupusan. Contohnya di MPKJ bermula Januari 2023, pengusaha industri atau syarikat binaan diwajibkan melantik syarikat roro dari panel MPKJ dan sisa pelupusan mesti dilupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan. Selain itu, MPKL dan MPKS mewajibkan pengusaha industri menggunakan perkhidmatan KDEBWM untuk melupuskan sisa. PBT perlu memberikan kadar sewaan tong roro yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak swasta bagi menarik minat pihak industry, peniaga atau penyewa individu.

    Lori-lori tong roro yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah di tapak sampah haram akan dikompaun dan disita di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007. Selain itu, tindakan kompaun ke atas pemilik boleh dikenakan di bawah Seksyen 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan data-data kenderaan dan syarikat akan direkodkan dan akan diserah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.