Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

314) KONTRAKTOR PENGGANTIAN PAIP AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sekiranya kontraktor gagal mengikut spesifikasi ketika melakukan kerja-kerja
    penggantian paip dan pembaikan penurapan semula jalan, apakah tindakan yang akan diambil seperti kes yang telah berlaku di Sungai Michu Batu 14, Hulu Langat?

    Mengikut terma kontrak, sekiranya kontraktor gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Air Selangor akan melantik pihak ketiga (kontraktor lain) untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan penurapan semula jalan dan kos-kos yang terlibat perlu ditanggung oleh kontraktor.

    Sekiranya prestasi kontraktor masih tidak memuaskan, pihak Air Selangor akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan syarat-syarat kontrak, termasuk penamatan kontrak.

    Pada 2023, sebanyak lima (5) kontraktor/syarikat kontraktor lantikan yang telah dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan kelewatan menyiapkan projek atau perlanggaran syarat-syarat kontrak yang lain. Sebagai contoh, Air Selangor telah mengambil tindakan ke atas salah satu daripada lima (5) syarikat tersebut dengan menamatkan kontrak sedia ada dan menggantung syarikat tersebut daripada senarai syarikat berdaftar di bawah Air Selangor selama dua (2) tahun – termasuklah pengarah dan pemegang saham syarikat tersebut; kerana kelewatan dalam menyiapkan projek untuk menaik taraf aset Air Selangor di sekitar Sungai Lolo.

Lampiran

Tiada Lampiran.