Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
51) KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kontraktor-kontraktor pelupusan sampah/sisa pepejal dan pembersihan di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
Senarai kontraktor-kontraktor pelupusan sampah/sisa pepejal dan pembersihan di DUN
Meru dan laporan prestasi kerja adalah seperti lampiran. -
Senaraikan kontraktor-kontraktor penyelenggaraan pokok-pokok dan rumput di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
1) Majlis tidak melantik kontraktor bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok dan
kerja-kerja ini dilaksanakan secara jabatan.
2) Senarai-senarai kontraktor bagi kerja-kerja penyelenggaraan landskap adalah
seperti dalam lampiran dan prestasi kerja adalah memuaskan. -
Senaraikan kontraktor-kontraktor kerja-kerja pembinaan dan pembaikan infrastruktur di DUN Meru dan laporan prestasi kerja mereka?
Longkang – Syarikat Nurfandi – Kerja-kerja penyelenggaraan parit/longkang di Klang
utara (termasuk Dun Meru) dan prestasi kerja memuaskan.