Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
54) KONTRAKTOR BUMIPUTRA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat kes dakwaan syarikat kontraktor Bumiputra dipergunakan untuk meraih kerja- kerja kontrak di PBT dan kontraktor semakin sukar mendapat kerja. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?
Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) menggunakan kaedah undian, sebut harga atau tender di dalam proses pelantikan kontraktor. Setiap kaedah yang digunakan memerlukan setiap kontraktor yang hadir mengemukakan bukti taraf serta milikan sesuatu syarikat bagi mengambil bahagian dalam proses tersebut. Manakala bagi pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) hanya menjalankan kontrak pembersihan kepada kontraktor Bumiputera sahaja.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan program tertentu untuk membantu kontraktor Bumiputra?
Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan bagi membantu kontraktor Bumiputera bagi menjalankan sesuatu kerja-kerja. Bagi majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) setiap lantikan kerja-kerja akan diberikan kepada kontraktor yang mempunyai sejarah kerja yang memuaskan bagi setiap projek. Manakala bagi pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) akan memastikan kerja-kerja kontrak Kelas “F” dikhaskan kepada kaum Bumiputera sahaja bagi melindungi kontraktor Bumiputera.
-
Apakah dengan penamatan kontraktor yang bernaung di bawah Alam Flora Sdn Bhd telah menjejaskan kontraktor Bumiputra?
Bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak majlis sedang dalam proses menawarkan kerja tersebut secara tender dan sebut harga. Oleh yang demikian, soal berkaitan sama ada kontraktor Bumiputera terjejas atau tidak hanya akan boleh diketahui setelah pelantikan dibuat. Tidak timbul isu kontraktor Bumiputera terjejas kerana sebut harga yang ditawarkan adalah dikhaskan kepada Bumiputera. Manakala bagi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), penamatan kontrak untuk sapuan jalan dan pemotongan rumput menyebabkan kontraktor Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) kehilangan 1/3 daripada pendapatannya. Terdapat 114 kakitangan kontraktor pembersihan AFSB akan kehilangan kerja apabila pengambilalihan ini berkuat kuasa.