Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
190) KONTRAK ANGKAT SAMPAH DAN PEMBERSIHAN KAWASAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kontraktor angkat sampah dan pembersihan kawasan ?. Senaraikan mengikut PBT.
Jumlah keseluruhan terkini bagi kontraktor angkat sampah di seluruh PBT adalah 371 kontraktor. Manakala kontraktor pembersihan kawasan sebanyak 744 kontraktor. Senarai pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:-
Bil.
PBT
Bilangan Kontraktor Kutipan Sampah Pembersihan Kawasan
1. MBSA 52 176 2. MBPJ 38 108 3. MPSJ 47 81 4. MPKJ 47 67 5. MPS 31 38 6. MPK 65 58 7. MPAJ 35 48 8. MPSP 14 60 9. MDKS 13 26 10. MDKL 7 20 11. MDSB 4 In-house 12. MDHS 18 62 Jumlah 371 744 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Berapa kontraktor telah ditamatkan kerana kegagalan melaksanakan kerja yang telah ditetapkan ?
Secara keseluruhan sebanyak 144 buah syarikat/kontraktor yang ditamatkan perkhidmatan oleh PBT pada tahun 2014. Senarai bilangan mengikut PBT adalah seperti berikut:-
Bil.
PBT
Bilangan Syarikat/ Kontraktor\ Yang Ditamatkan Perkhidmatan Pada Tahun 2014
1. MBSA 21 2. MBPJ 22 3. MPSJ 20 4. MPKJ 20 5. MPS 3 6. MPK 23 7. MPAJ 18 8. MPSP 14 9. MDKS 2 10. MDKL 1 11. MDSB Tiada 12. MDHS Tiada Jumlah 144 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah langkah PBT untuk mengatasi kontraktor yang telah gagal melaksanakan kontrak yang ditawarkan ?
Langkah-langkah PBT untuk mengatasi kontraktor yang telah gagal melaksanakan kontrak yang ditawarkan adalah:-
- PBT akan mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kerja kepada syarikat/kontraktor tersebut mengikut tempoh yang diletakkan dalam perjanjian kontrak;
- Dalam tempoh notis tersebut sekiranya syarikat/kontraktor tersebut tidak melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di lapangan/ tapak, PBT akan menjalankan kerja-kerja secara in-house atau melantik kontraktor sementara menjalankan kerja-kerja kutipan;
- Syarikat/Kontraktor yang telah ditamatkan perkhidmatannya akan direkod dan disenaraihitam diperingkat PBT sebagai rujukan; dan
- PBT akan melantik syarikat/kontraktor baru melalui tender