Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

79) KONTINJEN SELANGOR KE SUKMA KE-16

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan Kontinjen Selangor bagi mengambil bahagian dalam SUKMA ke-16?

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM7.6 juta Ringgit Malaysia dalam penyediaan pasukan. Perbelanjaan penyediaan pasukan ini melibatkan 24 jenis sukan yang disertai oleh kontinjen negeri Selangor yang bermula seawal tahun 2014 mengikut fasa-fasa latihan yang ditetapkan.

    Perbelanjaan ini adalah termasuk perbelanjaan program iaitu latihan pusat termasuk sewaan, penyertaan kejohanan, program binaan, peralatan latihan dan kejohanan, pakaian pasukan, makanan tambahan dan perubatan. Jumlah ini juga adalah termasuk bayaran hal-hal mengurus iaitu elaun pengurus, jurulatih dan atlet.

     

  2. Apakah bilangan pingat yang dimenangi menepati sasaran?

    Bilangan pingat yang disasarkan adalah sebanyak 48 pingat emas, 11 pingat perak dan 29 pingat gangsa. Pencapaian pingat pada SUKMA XVIII, Sarawak 2016 ini adalah melebihi sasaran iaitu 59 pingat emas 63 pingat perak dan 73 pingat gangsa. Jumlah keseluruhan pingat yang diperolehi adalah sebanyak 195 pingat dan ini

  3. Apakah bilangan pingat yang dicapai berpadanan dengan kos yang dibelanjakan?

    Berdasarkan jumlah keseluruhan pungutan pingat yang diperolehi, Selangor masih lagi mendahului pungutan pingat tertinggi secara keseluruhannya dan ini membuktikan bahawa pembangunan sukan di negeri Selangor adalah menyeluruh dan berterusan. Berdasarkan bilangan pingat yang diperolehi iaitu 59 pingat emas, 63 pingat perak dan 73 pingat gangsa dan keseluruhan pingat berjumlah 195 pingat yang diperolehi dengan perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM7 juta. Jumlah ini berpadanan kerana kontinjen SUKMA Selangor berjaya memungut pingat terbanyak di kejohanan ini.

    Perbezaannya, jumlah perbelanjaan persediaan dan persiapan kontinjen SUKMA Selangor pada edisi ke-18 kali ini adalah meningkat kerana tuan rumah pada SUKMA kali adalah Negeri Sarawak di mana penyediaan dari aspek logistik adalah tinggi. Selain itu juga tidak dinafikan bahawa kejohanan SUKMA pada abad ini adalah sangat kompetitif dan memerlukan atlet-atlet disediakan peralatan pertandingan yang terbaik dan ianya berteknologi terkini dan dapat membantu pencapaian atlet secara tidak langsung.

    Oleh yang demikian, program pembangunan sukan di Negeri Selangor amat perlu bagi menjamin Negeri Selangor tidak ketandusan bakat-bakat sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dilihat pencapaian-pencapaian sukan negeri Selangor di SUKMA sebelum ini, kejayaan Negeri Selangor diperolehi adalah di atas program pembangunan berterusan. Sebagai contoh pencapaian sukan renang di beberapa SUKMA sebelum ini banyak memberi pingat adalah hasil dari program pembangunan yang berterusan sejak tahun 2006 lagi. Program-program ini perlu diteruskan untuk sukan-sukan lain juga bagi mencapai kejayaan di kejohanan SUKMA yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.