Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

187) KONSORTIUM JARINGAN SELANGOR (KJS) SEBAGAI ONE STOP AGENCY (OSA)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah KJS diberi layanan istimewa sebagai OSA untuk meluluskan permohonan infrastruktur telekomunikasi?

    Kerajaan Negeri melalui MMKN telah menimbang dan bersetuju mengekalkan KJS sebagai One Stop Agency (OSA). Walau bagaimanapun, mana-mana syarikat telekomunikasi boleh berurusan secara langsung dengan pihak PBT dengan mengguna pakai kemudahan One Stop Centre (OSC) dalam proses pembangunan dan perancangan infrastruktur komunikasi. Melalui keputusan tersebut jelas KJS tidak diberi layanan istimewa seperti yang didakwa.

  2. Adakah ini selaras dengan Agenda 21 tanpa melibatkan pandangan wakil rakyat memandangkan permohonan seperti ini selalu dibantah oleh rakyat?

    Proses tersebut akan selari dengan Agenda 21 Selangor selagi mana pihak OSA (KJS) atau OSC di PBT memaklumkan cadangan permohonan kepada wakil rakyat setempat bagi sebarang pembinaan struktur pencawang telekomunikasi

  3. Berapakah pendapatan yang dikutip oleh KJS setiap tahun sejak 2007 dan berapakah peratus pendapatan disalurkan kembali kepada Kerajaan Negeri?

    Bermula pada tahun 2001, KJS bertanggungjawab untuk membuat bayaran levi tahunan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Bayaran ini adalah berdasarkan dari yuran pemprosesan untuk pembinaan struktur telekomunikasi bagi tahun tersebut seperti yang telah dipersetujui di dalam perjanjian konsesi di antara KJS dengan Kerajaan Negeri Selangor.

    TAHUN   JUMLAH (RM)
    2001 61, 117.60
    2002 98, 350.00
    2003 36, 500.00
    2004 42, 960.00
    2005 33, 580.00
    2006 76, 990.00
    2007 181, 500.00
    2008 208,500.00
    2009 161, 000.00
    2010 230, 500.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1, 130, 997.60

    Pihak KJS juga telah membuat bayaran dividen kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang memegang 30% saham di dalam KJS sebanyak RM3,600,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.