Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
47) KONSESI TAPAK LETAK KERETA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat-syarikat konsesi, nilai dan tempoh kontrak yang menyewa tapak letak kereta mengikut pecahan PBT.
Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/ Pay And Display (P&D) di seluruh negeri Selangor kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Perjanjian kontrak pengurusan tempat letak kereta ditandatangani oleh tiap-tiap PBT dengan syarikat konsesi. Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan Negeri. Tempoh perjanjian konsesi adalah selama dua puluh (20) tahun bermula pada April 1998 dan akan berakhir pada bulan April
Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
- Majlis Perbandaran Klang (MPK); – telah ditamatkan
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
- Majlis Perbandaran Sepang (MPSp); dan
- Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) – belum beroperasi
Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
- Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL);
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) – belum beroperasi; dan
- Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) – belum beroperasi
Kadar sewaan tapak letak kereta dan caj bayaran petak letak kereta bermula pada awal pengoperasian iaitu pada tahun 1998 dan sehingga kini kadarnya masih kekal dan tidak berubah. Berikut adalah pecahan kadar sewaan tapak letak kereta dan caj bayaran petak letak kereta mengikut PBT:-
Bil.
Pihak Berkuasa Tempatan
Jumlah Petak Letak Kereta Caj Bayaran Petak Letak Kereta/Jam Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. 1. MBSA 34,042 40 sen 2. MPAJ 8,208 50 sen 3. MPS 11,195 50 sen 4. MPKJ 1,864 50 sen 5. MPSp 749 40 sen Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd 1. MBPJ 20,613 60 sen 2. MPSJ 23,594 50 sen 3. MDKL 2,585 40 sen -
Apakah mekanisme yang diwujudkan antara syarikat konsesi dan PBT bagi memastikan bahawa kadar sewaan tapak letak kereta adalah berpatutan?