Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
216) KONSEP PERKONGSIAN BASIKAL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan terhadap pelaksanaan konsep perkongsian basikal khususnya oBike di seluruh negeri Selangor?
Penyediaan laluan basikal di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun dilaksanakan pada tahun ini. Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor menetapkan sasaran 1,000 kilometer laluan basikal bagi tempoh lima (5) tahun dengan mensyaratkan supaya PBT dapat menyediakan laluan basikal sekurang-kurangnya 15 kilometer bagi Majlis Bandaraya dan Perbandaran manakala 10 kilometer bagi Majlis Daerah pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, pelaksanaan laluan basikal adalah menggunakan peruntukan PBT
Pada masa ini, pelaksanaan konsep perkongsian basikal (bike-sharing) seperti oBike di kesemua PBT di Selangor masih diperingkat kajian dan penilaian untuk memastikan kesesuaian lokasi bagi penyediaan infra serta kemudahan penyewaan basikal oleh syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan tersebut. Kerajaan Negeri mahupun PBT juga belum menentukan mana-mana agensi atau syarikat yang akan membekalkan perkhidmatan sewaan basikal kepada orang awam di lokasi-lokasi yang bakal ditawarkan, sebaliknya telah meminta pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk menjalankan projek perintis bersama pihak Obike bagi pelaksanaan tersebut dengan memberikan tempoh percubaan selama dua
(2) bulan yang dijangka selesai pada 30 November 2017 untuk menyediakan kemudahan penyewaan basikal di kawasan Subang Jaya bagi melihat permintaan serta penerimaan penduduk terhadap perkhidmatan perkongsian basikal (bike sharing).
Konsep perkongsian basikal juga merupakan langkah awal Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor lebih komprehensif, menyeluruh dan bersepadu dengan mengambil kira fungsi sebagai first mile, last mile yang menjadikan basikal sebagai penghubung kepada sistem pengangkutan awam lain seperti Bas, KTM komuter, LRT dan