Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
116) KONSEP NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep ÒNegeri BerkebajikanÓ untuk memastikan rakyat mendapat manfaat dari hasil-hasil Negeri. Berapakah jumlah kewangan yang dibelanjakan setakat ini bagi maksud melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ berbanding belanja untuk tujuan pembangunan?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM135.8 juta bagi melaksanakan
program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada tahun 2009. Jumlah tersebut
adalah sebahagian daripada sejumlah RM710.6 juta yang diperuntukkan untuk
pembangunan iaitu sebanyak RM125.3 juta telah dibelanjakan (17.6 peratus).
Sehingga 31 Oktober 2009 sejumlah RM194.6 juta telah dibelanjakan bagi maksud
melaksanakan program MES yang mula dilaksanakan sejak Jun 2008.
Walau bagaimanapun, bagi merealisasikan agenda ‘Negeri Berkebajikan’ Kerajaan
Negeri juga melaksanakan program-program lain seperti program Kerajaan Prihatin,
Projek Pembangunan Ekonomi Nelayan, Program Pembasmian Kemiskinan dan
pelbagai lagi program yang dapat membantu rakyat Negeri Selangor yang juga telah
diperuntukkan di dalam peruntukan pembangunan pada tahun ini. -
Dari manakah sumber wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ?
Agenda “Negeri Berkebajikan” adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri bagi mencapai wawasan “Selangor Negeri Idaman, Maju dan
Sejahtera”. Pelaksanaan program ini termasuk di dalam perancangan belanjawan tahun
2009 Kerajaan Negeri iaitu di bawah program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor’.
Oleh itu sumber kewangan yang dibelanjakan adalah daripada Kumpulan Wang
Disatukan yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. -
Berapakah bilangan dan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan berikut mengikut daerah : 1) Ibu Tunggal 2) Orang Kurang Upaya 3) Orang Miskin 4) Orang Asli 5) Anak Yatim
Bilangan dan bentuk bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada
golongan berikut mengikut daerah adalah seperti berikut :-
1) Ibu Tunggal
Di antara bantuan dan bilangan yang telah diterima oleh golongan ibu tunggal
adalah seperti berikut :-
i. Program Kerajaan Prihatin – Bantuan dalam bentuk baik pulih rumah dan bina
baru untuk mereka yang layak.Blueprint Kemiskinan – Bantuan dalam bentuk peralatan kepada mereka yang
ingin melakukan perusahaan sendiri seperti makanan, kraf tangan dan juga
menjahit:
Daerah 2008 (orang) 2009 (orang)
Petaling 1 5
Klang 5 9
Gombak 3 8
Kuala Langat 2 8
Hulu Langat 6 7
Sepang 1 7
Hulu Selangor 1 10
Kuala Selangor 3 6
Sabak Bernam 4 17
JUMLAH 26 77
iii. Dana Usahawan Ibu Tunggal ( 2008) – 40 Penerima ( RM 5000 setiap sorang
dalam bentuk bantuan peralatan)Daerah 2008 (orang)
Hulu Selangor 2
Petaling 25
Gombak 8
Klang 5
JUMLAH 40
Walau bagaimanapun, bagi tahun 2009, permohonan yang diterima didapati
tidak layak untuk menerima bantuan dana usahawan ibu tunggal.
iv. Kursus kemahiran jahitan dan sulaman – kursus kemahiran jangka masa pendek
bagi tiga (3) sesi
Daerah 2008 (orang)
Petaling 10
Klang 12
Gombak 9
Kuala Langat 9
Hulu Langat 8
Sepang 7
Hulu Selangor 11
Kuala Selangor 10
Sabak Bernam 14
JUMLAH 90
2) Orang Kurang Upaya
Bilangan penerima bantuan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Skim Elaun
Pekerja Cacat mengikut daerah sehingga September 2009 adalah seperti berikut :-
Bil Daerah Bilangan Penerima Bantuan
1 Petaling 1055
2 Klang 557
3 Gombak 269
4 Kuala Langat 173
5 Hulu Langat 723
6 Sepang 183
7 Hulu Selangor 197
8 Kuala Selangor 208
9 Sabak Bernam 159
Bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada (OKU) adalah
seperti berikut :-
Perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU
1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
• Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak
berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper,
tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas,
kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar
perubatan.
• Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
• OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
• Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan /
alat sokongan yang diperlukan.
2. Geran Pelancaran (GP)
• Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan
yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang
perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima
bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa
bergantung lagi kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang
kurang upaya melancarkan rancangan jaya diri mereka agar dapat
berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah
RM2,700.00 sekali gus dengan tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat
setiap tiga (3) bulan.
• Kelayakan :
Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari
Jabatan;
Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan; dan
Kes-kes selain akhlak.
3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus
berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini
mempunyai beberapa tujuan:
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk
memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan
menjadi ahli masyarakat yang produktif
Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
• Kelayakan :
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang
upaya
Bekerja sendiri atau dengan majikan
Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak
termasuk pendapatan keluarga
Berumur 16 tahun ke atas
Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal,
makan/minum dan pakaian percuma.
4. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
• Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU
yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat
mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU
khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan
kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar
bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula
adalah selama 12 bulan.
• Kelayakan :
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber
pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang
diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen
bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
OKU berdaftar dengan JKM
Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
Berumur antara 18-59 tahun
Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM
dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO
Kebajikan
Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan
Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK
semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
• Skim bantuan ini adalah bertujuan untuk :
Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi
oleh keluarga penjaga
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar
OKU dan pesakit Kronik terlantar
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang
berkenaan ke Institusi Kebajikan
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
• Kadar bagi skim bantuan ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang
dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan.
• Kelayakan :
Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit
Kronik Terlantar
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sedang memberi jagaan ahli keluarga yang OKU /Pesakit Kronik
Terlantar sepenuh masa
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
Perkhidmatan Luar lain yang turut disediakan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat ialah :
1) Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
2) Perkhidmatan Kaunseling Dan Khidmat Nasihat
3) Agensi-agensi Lain Yang Terlibat Dalam Perkhidmatan, Pemulihan Dan
Pembangunan OKU
Perkhidmatan Institusi
1) Taman Sinar Harapan
2) Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi
3) Bengkel Daya/Terlindung
4) Pusat Harian Bukit Tunku
Skim Bantuan Kewangan Negeri
1) Bantuan Am
2) Bantuan Latihan Aperantis
3) Bantuan Sekolah
3) Orang Miskin
Berikut adalah jenis-jenis dan jumlah penerima bantuan sehingga Oktober 2009
Program
Daerah
Program
Blueprint
Pembasmian
Kemiskinan
Program
Dana
Nelayan
Program
Kerajaan
Prihatin
Program
Pembangunan
Insan Kemahiran
Teknikal
JUMLAH
Sabak Bernam 384 221 809 68 1,482
Kuala Selangor 71 125 533 46 775
Hulu Selangor 115 0 231 42 388
Kuala Langat 94 186 343 47 670
Petaling 30 0 95 60 185
Klang 28 129 232 52 441
Hulu Langat 35 0 213 38 286
Sepang 50 82 229 32 393
Gombak 94 1 334 57 486
JUMLAH 901 744 3,019 442 5,106
4) Orang Asli – makluman belum diperolehi dari JHEOA
5) Anak Yatim
Kerajaan Negeri juga tidak meminggirkan kebajikan anak-anak yatim dalam
memastikan mereka juga turut mendapat manfaat dari hasil-hasil negeri. Antara
bantuan yang disediakan kepada golongan ini adalah :-
i) Bantuan secara berterusan dari ADUN-ADUN setempat sama ada dalam
bentuk kewangan mahupun dalam bentuk fizikal.
ii) Bantuan Tuisyen Rakyat kepada pelajar-pelajar di setiap kawasan DUN.
iii) Bantuan RM30 sebulan bagi anak yatim yang bersekolah.