Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

65) KONSEP KETELUSAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah wang rakyat yang telah dijimatkan dalam tempoh setahun sejak pihak Kerajaan Negeri mengamalkan konsep ketelusan dalam pengurusan dan pembangunan?

    Jumlah wang tersebut sukar dinilai secara tepat tanpa kajian menyeluruh.

  2. Adakah menerusi perlaksanaan konsep ketelusan tersebut dapat mengurangkan impak kemelesetan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor khususnya dalam suasana kemelesetan ekonomi global?

    Dengan menekankan aspek ketelusan dan mengarahkan penyelewengan, ini sekali gus
    mengurangkan ketirisan daripada dana kerajaan kepada sektor-sektor tidak produktif.
    Dengan ini lebih banyak dana kerajaan tertumpu dalam membangunkan ekonomi
    Selangor.

  3. Apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam perlaksanaan konsep ketelusan dan langkahÐlangkah penambahbaikan demi untuk melicinkan pengurusan dan memantapkan pembangunan Negeri Selangor?

    Antara kelemahan yang wujud ialah kekangan Akta Rahsia Rasmi di peringkat
    Persekutuan dan juga mengubah budaya lama yang tidak menyenangi ketelusan.
    Proses membawa budaya baru dan mencari jalan keluar dari Akta Rahsia Rasmi akan
    memakan masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.