Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
300) KONFLIK HIDUPAN LIAR ANJING DAN MONYET
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah operasi kawalan konflik hidupan liar seperti monyet / kera oleh Jabatan Perhilitan didapati berkesan menangani masalah kerosakan kediaman dan tanaman?
Operasi kawalan konflik hidupan liar yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan seperti kawalan populasi adalah berkesan dalam mengurangkan aduan gangguan hidupan liar. Namun begitu, penduduk juga perlu memainkan peranan dalam mengurangkan haiwan liar di kawasan penempatan. Aktiviti memberi makan kepada haiwan liar akan menggalakkan haiwan liar untuk kembali ke kawasan penempatan, tidak takut pada manusia dan akan lebih mudah membiak.
-
Adakah operasi menangkap anjing liar yang dijalankan PBT didapati berkesan bagi menangani ancaman keselamatan penduduk khususnya kepada kanak-kanak?
Operasi menangkap anjing liar yang dijalankan oleh PBT berjaya mengurangkan kes ancaman gigitan anjing kepada penduduk. Ini dapat dilihat dari pengurangan kes gigitan anjing yang direkodkan oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Berikut adalah kes jumlah gigitan anjing yang dilaporkan bagi tahun 2023 dan 2024: