Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
11) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM (KSSA)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan bilakah ianya dapat disiapkan?
Sasaran Kerajaan Negeri bagi penyiapan keseluruhan Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam adalah seperti berikut ;-
Bagi Fasa 1, kerja meroboh telah dimulakan pada 1 Julai 2024 dan dijangka akan disiapkan pada 30 Jun 2025. Kemajuan sehingga 30 Oktober adalah 45.81% berbanding jadual 43.38%, iaitu 3 hari lebih awal.
Kerja fizikal pembinaan komponen Fasa 1 dijangka akan dimulakan pada suku pertama 2025 dan siap pada suku kedua 2027. Komponen bagi pelaksanaan Fasa 1 adalah Stadium Shah Alam, Terminal Bersepadu, Plaza Pakir, Kawasan Rekreasi dan Padang Latihan.
Bagi Fasa 2, komponen yang akan dibina adalah Teater Tertutup, Ruang Niaga, Sayap Sukan dan Sayap Belia. Ia dijangka akan bermula pada pertengahan 2027 dan siap pada 2029.
Komponen Fasa 3 merupakan pembinaan sebuah Hotel yang dirancang akan dibina pada 2028 dan disiapkan pada 2030.
Nota: Justifikasi Perobohan Stadium Malawati
- LRT3 akan bermula operasi pada suku ketiga 2025. Ini akan merumitkan pelaksanaan kerja-kerja perobohan Stadium Malawati di mana akan di kenakan syarat-syarat yang ketat untuk menjamin keselamatan struktur dan pengguna LRT3. Oleh yang demikian, ianya akan melibatkan pertambahan kos dan tempoh kerja yang lebih.
- Kedudukan laluan pejalan kaki (“concourse”) baru dari Stesen LRT ke Stadium yang baru, sebahagiannya terletak di lokasi sedia ada Stadium Malawati. Ini akan menyukarkan kerja-kerja pembinaan laluan jalan kaki tersebut.
- Kerja-kerja perobohan Stadium Malawati di anggarkan mengambil masa selama 4 hingga 6 bulan. Perancangan dan keputusan awal perlu dibuat untuk memastikan Stadium Malawati dirobohkan sebelum bermulanya operasi LRT3.