Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

171) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini berkenaan Kompleks Sukan Shah Alam?

    Perkembangan terkini Kompleks Sukan Shah Alam:

    • Kemajuan sebenar sehingga penghujung Januari 2025 untuk kerja-kerja perobohan stadium adalah 78.61% berbanding jadual 77.11% iaitu awal sebanyak 15 hari. Baki kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah kerja-kerja memecahkan keseluruhan “pile cap” (lebih dari 2,000 bilangan) dan struktur-struktur lain bawah aras tanah seperti tembok penahan, “manhole” dan paip utiliti bawah tanah. Kerja-kerja ini dijangka akan disiapkan pada penghujung Jun 2025.
    • Pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara “fast-track sequencing”. Draf Perjanjian Pembangunan sedang di dalam peringkat akhir dan dijangka akan dimeterai dalam masa terdekat di mana kerja-kerja fizikal pembangunan dijangka akan bermula pada Julai 2025 setelah syarat-syarat awalan (“conditions precedent” Perjanjian Pembangunan) di penuhi dan sebaik sahaja kerja-kerja perobohan tamat pada penghujung Jun 2025.

      NOTA TAMBAHAN (untuk jawapan a)

      Perobohan stadium Melawati akan dilaksanakan di dalam perjanjian pembangunan. Kerja perobohan stadium Melawati dijangka akan mengambil masa selama 6 hingga 8 bulan.

  2. Adakah kompleks sukan ini akan dijadikan stadium utama bagi SUKMA 2026?

    Kompleks Sukan Shah Alam tidak akan dijadikan stadium utama bagi SUKMA 2026 memandangkan ianya dijangka dapat disiapkan pada penghujung 2028.

    NOTA TAMBAHAN (untuk jawapan b)

    1. Kerajaan Negeri telah menetapkan perasmian SUKMA 2026 diadakan di Sepang International Circuit (SIC) dan venue perlawanan-perlawanan akan diadakan di beberapa kompleks sukan di Selangor.
    2. Stadium Shah Alam akan disiapkan pada penghujung 2028. Selepas siapnya Stadium masih lagi ada pembangunan untuk Fasa 2 di persekitaran stadium termasuk retail, teater, plaza parker dan Terminal Bersepadu. Walaupun jika Stadium Shah Alam boleh disiapkan untuk SUKMA, keadaan persekitaran tidak sesuai bagi melaksanakan sebarang acara memandangkan kerja-kerja pembangunan persekitaran masih sedang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.