Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

38) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kini berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?

    Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam sedang dalam peringkat akhir rekabentuk dan perancangan. Setakat 31 Oktober 2023 sebanyak 4 siri perbincangan bersama MBSA telah diadakan untuk persediaan permohonan Kebenaran Merancang (KM).

  2. Adakah Stadium Melawati terlibat dalam pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?

    Stadium Malawati akan digantikan dengan Teater Tertutup berkapasiti 8,000 – 10,000 tempat duduk.

  3. Apakah kelebihan KSSA berbanding dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil?

    Kelebihan KSSA berbanding dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil adalah seperti berikut:

     

    1. Stadium serbaguna tertutup (multi purpose covered stadium) dengan padang mudahalih bagi tujuan penyelenggaraan rumput.
    2. Lebih kurang 60% adalah kawasan awam yang hijau berbanding 10% minima keperluan pihak berkuasa tempatan
    3. Ruang komersial yang banyak.
    4. Kemudahan untuk belia seperti ruang kreatif (“makers space”), ruang kerja bersama (“co-working space”), teater seni persembahan, studio rakaman, studio kreatif, arena e-sports, hab digital, hab edu-agro dan pusat kesihatan mental.
    5. Terminal bas bersepadu
    6. Hotel

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.