Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

71) KOMPLEKS SUKAN PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan telah menjual tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya bagi memberi laluan projek komersil. Apakah pertimbangan dibuat tidak mengambil kira sumbangan PKNS membangunkan aspek sosial dalam bidang sukan?

    Dalam setiap projek pembangunan yang dijalankan, PKNS sentiasa memastikan ia dapat memberi impak positif dari pembangunan tersebut dalam semua aspek. Dalam konteks pembangunan Kompleks Sukan. Selain dari pembangunan unitunit kediaman dan komersial, PKNS telah memperuntukkan ruang yang besar bagi penyediaan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi yang lebih baik dan moden, sesuai dengan cadangan nama pembangunan ini iaitu ‘Datum Sports City’. Jika sebelum ini, kompleks sukan tersebut hanyalah untuk kegunaan kakitangan PKNS sahaja, dengan pembangunan kompleks baru ini, segala kemudahan sukan dan riadah yang disediakan dibuka untuk kegunaan orang awam

  2. Apakah bentuk pembangunan dicadangkan dan apakah manfaatnya kepada penduduk setempat?

    Komponen pembangunan yang dicadangkan adalah seperti unit kediaman (apartmen perkhidmatan dan SOHO), ruang pejabat, ruang niaga, kemudahan tempat letak kereta, dan tidak dilupakan komponen sukan dan rekreasi seperti padang bola sepak, gelanggang futsal, gimnasium, dewan serbaguna dan lainlain lagi.

    Secara keseluruhannya, pembangunan ini bakal meningkatkan nilai hartanah kawasan sekitar di samping meningkatkan kualiti kemudahan sukan di kawasan terbabit.

  3. Syarikat manakah yang bakal memajukan hartanah tersebut?

    Pembangunan ini akan dilaksanakan secara usaha sama di antara PKNS Holdings dan syarikat Bayu Melati Sdn. Bhd. dengan 70% pulangan keuntungan diserahkan kepada PKNS manakala selebihnya kepada pihak Bayu Melati.

    Untuk makluman, syarikat tersebut dipilih melalui Pelawaan Mengemukakan Cadangan Pembangunan (Request For Proposal) secara terbuka yang mana sejumlah 40 buah syarikat telah membeli dokumen tender tersebut.  17 buah syarikat telah mengemukakan dokumen Request For Proposal (RFP) pada tarikh tender ditutup. Proses penilaian dokumen tender dilaksana melalui Jawatankuasa Penilai yang dianggotai oleh anggota Profesional daripada PKNS dan perunding arkitek serta perunding kewangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.