Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
116) KOMPLEKS SUKAN PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Kompleks Sukan FAS?
Kerajaan Negeri telah mewartakan Kompleks Sukan ini kepada Majlis Sukan Negeri Selangor dan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor sedang menjalankan program pembangunan sukan bola sepak melalui Akademi Bola sepak Merah Kuning. Pihak Majlis juga telah membaikpulih beberapa kerosakan dan menyelenggara serta membersihkan kawasan tersebut.
-
Mengapa sehingga hari ini FAS masih mengekalkan penggunaan pejabat di Kelana Jaya?
Pejabat FAS di Kelana Jaya dikendalikan sepenuhnya oleh FAS sendiri dan segala urusan pentadbiran FAS adalah dibawah pengurusan FAS. Kerajaan Negeri tidak mencampur tangan dalam pengurusan FAS, oleh yang demikian, tiada maklumat yang dapat diperolehi berkaitan penggunaan pejabat FAS di Kelana Jaya.
-
Nyatakan secara terperinci kos-kos yang masih ditanggung dari 2014-2016?
Bagi tempoh tiga (3) tahun 2014-2016, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkenaan kos – kos yang masih ditanggung sendiri oleh pihak Persatuan Bola sepak Selangor (FAS).
- Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pihak Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) seperti berikut:-
Tahun Jumlah (RM) 2014 10,500,000.00 2015 16,970,563.00 2016 17,794,989.50