Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

306) KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat usaha untuk menaiktaraf kompleks sukan Kuala Selangor kepada "Kuala Selangor Sports City" dengan kelengkapan yang lebih baik dan moden?

    Pihak MPKS telah mengemukakan permohonan peruntukan berjumlah RM7,700,000.00 kepada YB Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia pada tahun 2023 bagi cadangan menaiktaraf kemudahan infrastruktur sukan di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Pemohonan peruntukan ini merangkumi skop serta komponen bagi menaiktaraf dan selenggara kemudahan infrastruktur sukan di Stadium Utama seperti padang bola dan trek olahraga serta balapan dan kemudahan di bangunan Stadium Tertutup.Selain skop menaiktaraf kemudahan infra sukan sediada, pihak majlis juga memohon untuk membina kemudahan padang bola sepak sintetik (outdoor) di kawasan Kompleks Sukan Kuala Selangor sebagai tarikan baru kepada para belia tempatan untuk beriadah dan bersukan. Pihak majlis memohon bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan di kawasan Litar Lumba Rakyat (Cup Prix).Permohonan peruntukan ini masih dalam perhatian dan pertimbangan pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

  2. Apakah kadar sewaan semasa Stadium Kuala Selangor? Adakah terdapat kadar sewaan khas untuk kegunaan institusi pendidikan seperti kolej dan sekolah?

    Kadar sewa Kompleks Sukan Kuala Selangor bagi kegunaan institusi pendidikan adalah seperti berikut :

    Stadium Utama

    • Sukan Agensi/ NGO/ Kolej Swasta = RM1,500.00/ 10 jam
    • Sukan Kolej/ Jabatan Kerajaan = RM750.00/ 10 jam
    • Sukan Sekolah Kerajaan = RM300.00/ hari

     

    Stadium Tertutup

    • Sukan Agensi/ NGO/ Kolej Swasta = RM2,000.00/10 jam
    • Sukan Jabatan/Kolej Kerajaan = RM750.00/ 10 jam
    • Sukan Sekolah Kerajaan = RM300.00/ hari

    Kadar sewa ini adalah merupakan kadar sewa khas yang diberikan khusus untuk institusi pendidikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.