Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

328) KOMPLEKS SUKAN DI KAWASAN DUN DENGKIL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kawasan Dengkil tidak memiliki sebarang kompleks sukan selain kompleks sukan swasta. Apakah Perancangan Kerajaan untuk pembinaan kompleks sukan yang meliputi kawasan padang , padang hoki, takraw, dewan badminton dan kolam renang yang dimiliki oleh Kerajaan untuk kegunaan penduduk Dengkil?

    Majlis Perbandaran Sepang telah mengenalpasti tanah kerajaan seluas 3.82 ekar yang bersesuaian untuk di jadikan Kompleks Komuniti di mana tanah tersebut telah diwartakan dengan no warta WKNS 2963 pada 19 November 2020.

    Kawasan DUN Dengkil di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang telah mempunyai 10 Dewan Orang Ramai di mana dewan tersebut boleh digunakan untuk sukan indoor seperti badminton dan takraw. Selain itu juga, terdapat 4 padang awam yang boleh digunakan untuk sukan outdoor.

Lampiran

Tiada Lampiran.