Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
38) KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kompleks Sukan MPKj di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi adalah pusat aktiviti sukan di Sungai Ramal. Trek balapan di kompleks tersebut rosak teruk. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kemudahan di kompleks ini?
Pihak MPKj akan memohon peruntukan Tabung Amanah Caj Pemajuan MPKj pada 23 Julai 2019 yang melibatkan kerja baikpulih trek balapan. Dimaklumkan juga pihak majlis telah menyerahkan permohonan peruntukan kepada Kementerian Belia Dan Sukan pada 14 November 2018 untuk kerja baikpulih trek balapan, pemasangan artificial turf dan pemasangan lampu limpah.
-
Bilakah pembaikan akan dilaksanakan?
Pelaksanaan dijangka pada November 2019.
-
Berapakah jangkaan kosnya?
Kos untuk permohonan Caj Pemajuan untuk trek balapan dan baikpulih bangunan kompleks sukan berjumlah RM1.26juta