Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

261) KOMPLEKS PKNS,SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah sewa yang dikenakan kepada lot-lot kedai di bangunan tersebut?

    Maklumat untuk bangunan Kompleks PKNS, Shah Alam adalah seperti berikut:

     

    1. Sewa yang dikenakan kepada penyewa di Kompleks PKNS Shah Alam adalah di antara RM0.50 skp hingga RM 55.00 skp mengikut
  2. Berapakah jumlah penyewa Melayu,India dan Cina di bangunan tersebut?

    Sehingga 15hb Oktober 2015, jumlah penyewa di Kompleks PKNS Shah Alam adalah 471 penyewa mengikut bangsa seperti berikut :

     

    • Melayu : 420 penyewa
    • Cina :  40 penyewa
    • India : 11 penyewa
  3. Syarikat manakah yang bertanggungjawab ke atas bangunan tersebut?

    Syarikat yang bertanggungjawab mentadbir dan menyelenggara Kompleks PKNS adalah PKNS Real Estate Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh PKNS.

Lampiran

Tiada Lampiran.