Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

187) KOMPLEKS PASAR BORONG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat PKPS Agro Industries Sdn Bhd menguruskan Kompleks Pasar Borong Selangor. Bagaimanakah prestasi kompleks pasar borong berkenaan dan keuntungan kepada syarikat?

    PKPS telah menguruskan Kompleks Pasar Borong Selangor (PBS) bermula dari tahun 2001. Senarai lot-lot perniagaan yang terdapat di PBS pada masa ini adalah seperti berikut:

     

    Kategori

    Lot @ Februari 2014 Pegangan
    Sediada Disewa Kosong Bumiputra Bukan-Bumi
    Ikan 74 73 1 19 54
    Sayur 98 97 1 24 73
    Daging 21 21 20 1
    Ayam 14 14 12 2
    Buah/Kering 93 93 38 55
    Kering 10 10 10
    Jumlah 310 308 2 113 195
    % 100% 99% 1% 37% 63%

    Prestasi PBS untuk tempoh selama 6 tahun, ( 2008 – 2013) adalah seperti berikut:

     

    Butiran

    2008

     

    RM

    2009

     

    RM

    2010

     

    RM

    2011

     

    RM

    2012

     

    RM

    2013

     

    RM

    Pendapatan 4,588,554 4,899,831 5,186,781 5,895,023 6,232,223 7,253,523
    (-) Perbelanjaan Operasi 2,145,292 1,998,185 1,776,463 1,781,184 1,749,421 1,814,205
    Keuntungan Kasar 2,443,262 2,901,646 3,410,318 4,113,839 4,482,802 5,439,318
    (-) Perbelanjaan Pentadbiran 771,042 920,175 889,091 790,222 911,357 1,432,686
    (-) Susutnilai/Cukai Pintu/Cukai Tanah 432,478 850,491 986,835 946,738 905,064 868,886
    Keuntungan Bersih 1,239,742 1,130,980 1,534,392 2,376,879 2,666,381 3,137,746

    Dengan adanya PBS, ia dapat memberi peluang dan membangunkan usahawan tempatan. Usaha ini merupakan satu daripada langkah yang di ambil oleh PKPS untuk memenuhi tanggung jawab sosialnya kepada rakyat Selangor.

  2. Adakah wujud mekanisme untuk mengawal harga barangan dan peniaga warga asing di kompleks tersebut?

    Pemantauan harga barang merupakan sesuatu yang diluar bidang kuasa PKPS. Hanya KPDNKK merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam menentukan harga barang-barang. Pemantauan harga barang sering dilakukan oleh pihak KPDNKK. Pihak KPDNKK telah meletakkan 2 orang pegawai melakukan pemantauan di PBS setiap hari. Bukan sahaja harga barang, kawalan ke atas alat timbang dan juga barangan tiruan merupakan antara aspek- aspek yang dipantau oleh mereka. Pihak pengurusan PBS juga sering membuat operasi ke atas barangan dan juga alat timbang pemborong-pemborong. Operasi kawalan harga sering dilakukan oleh pihak KPDNKK terutama apabila musim perayaan.

    Tidak wujud peniaga warga asing di PBS. Kebanyakan warga asing yang ada di dalam PBS adalah merupakan pekerja kepada penyewa lot niaga. Rekod penyewa yang menyewa lot di PBS menunjukkan bahawa 100% penyewa adalah peniaga warganegara Malaysia. Kebanyakan pemborong memberikan tanggungjawab kepada pekerja warga asing untuk menguruskan perniagaan mereka kerana mereka mempunyai urusan di luar PBS dan perkara ini adalah di luar bidangkuasa pihak pengurusan PBS. Pihak pengurusan PBS sentiasa memberikan kerjasama kepada agensi-agensi berkaitan dalam menangani masalah kebanjiran warga asing ini. Agensi-agensi tempatan seperti Jabatan Imigresen, PDRM, Rela, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pendaftaran Negara pernah melakukan operasi ke atas warga asing di dalam PBS.

    Antara operasi melibatkan perkara berkaitan warga asing oleh agensi-agensi di Pasar Borong Selangor adalah seperti berikut:

    1. Operasi Payung oleh PDRM mulai 31 Jan hingga 04 Feb 2013 – pemantauan jenayah yang dilakukan oleh warga
    2. Operasi lesen perniagaan oleh MPSJ pada 25 Mac dan 24 Jun 2013 – pemantauan peniaga yang tidak mempunyai lesen peniagaan dan penglibatan warga asing sebagai
    3. Operasi Pendatang Asing oleh pihak Imigresen, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara pada 01 Sep 2013 – 80 orang warga asing
    4. Operasi Pendatang Asing oleh KPDNKK dan Imigresen pada 16 Feb 2014 – seramai 50 orang warga asing

     

Lampiran

Tiada Lampiran.