Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

186) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat PKPS Agro Industries Sdn Bhd menguruskan Kompleks Pasar Borong Selangor. Bagaimanakah prestasi kompleks pasar borong berkenaan dan keuntungan kepada syarikat?

    Kerajaan Negeri memandang serius berhubung isu tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara haram di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dengan menjalankan aktiviti pemantauan berterusan serta menggerakkan operasi bersepadu dengan jabatan lain bagi menangani masalah tersebut. Selain daripada itu, tindakan penguatkuasaan juga akan dikenakan kepada pesalah-pesalah yang membuang sampah di tapak tersebut dan inisiatif berupa ganjaran wang tunai RM1000.00 akan diberi kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya individu/agensi yang melakukan pembuangan sampah

  2. Adakah wujud mekanisme untuk mengawal harga barangan dan peniaga warga asing di kompleks tersebut?

    Antara tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap mereka yang terbabit adalah dengan mengenakan kompaun sehingga RM1000.00 selain menyita kenderaan yang terlibat dalam kegiatan tersebut mengikut kepada Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah. Selain daripada itu, rampasan tanah juga akan dilakukan sekiranya tapak pelupusan tersebut masih meneruskan operasi secara

Lampiran

Tiada Lampiran.