Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
45) KOMPLEKS PASAR BESAR KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan penambahbaikan kompleks tersebut?
Majlis telah memajukan permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi tahun 2016 kepada UPEN (P01) bagi kerja-kerja :
- Penggantian kawasan bumbung Pasar Borong ( Blok C )
- Mengecat semula Bangunan Blok A & B
- Penggantian pagar di sekeliling pasar
Majlis juga telah membuat permohonan pada pihak UPEN pada tahun 2015 untuk pembaikan biofilter tetapi belum mendapat sebarang maklumbalas. Pada masa yang sama juga, Majlis juga membuat beberapa kerja-kerja pembaikan di kompleks tersebut.
-
Apakah kerja-kerja dikeluarkan bagi baikpulih dan menaik taraf kemudahan bangunan?
Kerja-kerja yang dikeluarkan bagi baikpulih, menaiktaraf kemudahan bangunan dan kerja-kerja elektrik pada tahun 2015 adalah meliputi pembaikan kebocoran paip air, menaiktaraf kemudahan bekalan air, pembaikan dan menaiktaraf tandas awan serta mengganti sebuah pam di kolam loji rawatan air kumbahan. Majlis juga menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi sistem rawatan air kumbahan di Kompleks Pasar
Manakala kerja-kerja pada tahun 2016 sehingga bulan Februari adalah meliputi pembaikan kebocoran paip air, pembaikan semula jubin lantai secara berperingkat di Blok B dan menaiktaraf pencahayaan di Blok B.
-
Berapakah kos diperuntukkan?
Jumlah keseluruhan kos yang terlibat pada tahun 2015 adalah RM113,630.00 manakala bagi tahun 2016 peruntukan yang digunakan sehingga bulan Feb 2016 adalah sebanyak RM75,712.00 .