Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
242) KOMPLEKS MUHIBBAH SEKSYEN 24 (UPTOWN)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peniaga yang berniaga di Kompleks Muhibbah?
Jumlah peniaga yang berniaga di Kompleks Muhibbah berjumlah 398 yang terdiri daripada lot seperti berikut:
Senarai Blok Jumlah lot Jumlah peniaga Blok A (utama) 155 148 Blok B (utama) 168 160 Blok C (makanan) 19 18 Blok D 11 8 Blok FA 24 21 Blok FB 25 22 Lain-lain 25 21 Jumlah Keseluruhan 427 398 -
Berapakah kadar sewaan yang dikenakan kepada peniaga?
Kadar yang dikenakan kepada penyewa adalah RM300.00 untuk satu lot atau keluasan gerai berukuran 12’ x 8’. Bayaran bagi Gerai yang mempunyai ukuran berbeza pula, bayaran adalah mengikut keluasan berdasarkan kepada kadar RM 3.125 bagi sekaki persegi (RM300/96 kaki persegi). Bayaran sewa untuk lot kedai makan RM500.00
-
Nyatakan pihak yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan di kompleks ini?