Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
2) KOMPLEKS LKIM KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah status terkini dan penggunaan kompleks tersebut?
Kompleks LKIM Kuala Selangor telah beroperasi dengan penglibatan aktiviti berikut:
- Pengurusan Pejabat Kompleks dan LKIM Daerah Selangor Utara.
- Pejabat PNK Kuala Selangor.
- Pusat Pengisytiharan e-Pendaratan Ikan LKIM.
- Projek Jualan Runcit Minyak Diesel PNK Kuala Selangor.
- Medan Ikan Bakar dan Agrotourism.
- Jualan Ikan Segar
- Pusat Pemeriksaan Vesel Perikanan.
- Pusat Pemprosesan IKS.
- Pendaratan ikan dan kerang.
-
Sila nyatakan kronologi pembinaan kompleks tersebut dan jumlah keseluruhan kos pembinaannya.
Kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada 11 Mei 2015. Kos pembinaan Kompleks LKIM Kuala Selangor berjumlah RM22,499,952.00.
-
Sila nyatakan apakah pencapaian matlamat pembinaan kompleks tersebut seperti yang dirancang dan memberi manfaat kepada nelayan setempat?
Matlamat pembinaan Kompleks telah tercapai dengan pendaratan kerang oleh nelayan pada 03 Januari 2017 dan pendaratan ikan mulai Februari 2017. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh LKIM bagi meningkatkan lagi aktiviti pendaratan di Kompleks antaranya :-
- Engagement dengan nelayan di pengkalan-pengkalan berdekatan.
- Pemusatan pusat minyak diesel bersubsidi.
- Kemudahan tambatan.