Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
168) KOMPLEKS KEBUDAYAAN DAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang menguruskan Kompleks Kebudayaan dan Belia Selangor?
Berkuat kuasa pada Disember 2011, pengurusan MSNSH Holdings Sdn Bhd telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor (MMKN ke 36/2012 pada 30 November 2011 dan disahkan pada MMKN ke 37/2011 pada 7 Disember 2011) untuk menguruskan KBKNS di mana di antara tujuan pengambilalihan adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki prestasi kewangan KBKNS agar dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan
-
Bagaimanakah prestasi pengurusan kompleks tersebut?
Sejak mengambil alih pengurusan kompleks, MSNS Holdings Sdn Bhd telah melaksanakan dan mempromosikan kompleks kepada umum dan ini dapat dilihat dengan pertambahan program-program dan aktiviti yang dianjurkan di KBKNS (DRMM). Berikut adalah statistik prestasi pengurusan kompleks dari
tahun 2012 sehingga kini :-
Perkara Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014 (Sehingga Mei) Dewan Raja Muda Musa 49 event 70 event 23 event Bilik Seminar/Mesyuarat 16 event 23 event 8 event Sewaan Tetap (Bulanan) – Ruang Pejabat / Lobi
– Dataran Karyawan
5 ruang
1 ruang
5 ruang
1 ruang
4 ruang
1 ruang
Padang Bola Sepak 85 event 27 event 127 event Lain-lain Pendapatan (Geran Kerajaan Negeri) RM 125,000.00 – – *Bermula pada 2013, Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi menyalurkan dana atau geran kepada MSNSH kerana Kerajaan Negeri percaya MSNSH mampu untuk “self sustains” dan dengan tidak langsung kerajaan Negeri telah “menjimatkan” peruntukan tahunan kerajaan kepada KBKNS
-
Adakah hasil pengurusan kompleks dapat menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan negeri?
MSNS Holdings Sdn Bhd sebagai pengurusan kompleks sentiasa menyokong penuh sebarang aktiviti dan program serta apa juga penganjuran oleh mana- mana badan kerajaan atau NGO atau persatuan-persatuan belia untuk menggunakan fasiliti di KBKNS dalam usaha meningkatkan serta pembangunan belia-belia di Negeri Selangor. MSNS Holdings Sdn Bhd bertindak sebagai pengurus kompleks sentiasa memastikan KBKNS bersedia untuk sebarang aktiviti untuk
Namun begitu, MSNSH tidak terlibat secara langsung untuk menganjurkan program pembangunan belia kerana peranan utama MSNSH adalah mentadbir dan mengurus KBKNS.
Walau bagaimanapun, MSNSH percaya dengan “penjimatan” dana oleh Kerajaan Negeri kepada KBKNS dapat disalurkan kepada program pembangunan belia Selangor